Connect with us

Berita Lain

Polis Siasat Tiga Wanita Cabut Bendera Parti


KUALA LUMPUR – Gara-gara aduan tidak dilayan oleh Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),tiga wanita bertindak sendiri menurunkan 133
bendera parti yang di pasang di kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Kesemua wanita terbabit nekad selepas  tidak berpuas hati kerana bendera itu
dipasang sebelum 28 April hari penamaan calon PRU14, lapor Sinar Online.
Walau bagaimanapun mereka kemudiannya tampil ke Balai Polis
TTDI membawa kesemua bendera yang telah dipotong.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata,
tindakan ketiga-tiga wanita itu pada mulanya disedari seorang lelaki yang
memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pasukan polis dari
Jabatan Siasatan Jenayah Zon TTDI telah memeriksa dua buah kereta yang dinaiki
tiga wanita terbabit dan merampas 133 helai kain rentang sebuah parti, gunting,
playar, pemotong wayar, lampu suluh, plastik sampah dan ubat nyamuk.
“Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati tiga wanita
terbabit merupakan penduduk kawasan TTDI dan tidak melibatkan diri dalam
mana-mana parti politik.
“Mereka bertindak atas dasar prihatin sebagai penduduk di
kawasan berkenaan kerana mendakwa aduan yang mereka buat kepada PBT berkaitan
pemasangan bendera parti sebelum 28 April 2018 tidak diambil sebarang
tindakan,” katanya dalam satu kenyataan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu, Mazlan meminta orang ramai supaya melaporkan
isu ini kepada PBT dan tidak mengambil tindakan sendiri..
Tambah beliau, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 427
Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel