Monday, December 08, 2025

Kes Saman Najib, Tony Pua Ditangguh 26 Julai

April 23, 2018
1 min read



KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Anggota Parlimen Petaling
Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung video siaran langsung berkaitan
pembentangan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
1965 atau RUU355 ditangguhkan kepada 26 Julai.


Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan 26, 27, 30, 31
Julai dan 1 Ogos bagi perbicaraan kes itu selepas membenarkan permohonan peguam
Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib dan peguam Tan Cheng Leong bagi pihak
Pua supaya perbicaraan kes itu ditangguhkan atas alasan anak guam mereka sibuk
dengan urusan Pilihan Raya Umum Ke-14.
Perbicaraan kes itu dijadualkan berlangsung hari ini hingga
27 April.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak suka tangguh kes lama-lama tapi terpaksa sebab
kedua-dua pihak plaintif dan defendan sibuk dengan urusan pilihan raya,” kata
Hakim Mohd Zaki yang turut menetapkan 1 Jun untuk pengurusan kes.
Di luar mahkamah, Nor Hazira memberitahu pemberita bahawa
pihak plaintif dijangka memanggil lima saksi termasuk Najib untuk memberi
keterangan manakala pihak defendan (Pua) akan mengemukakan 15 saksi.
Pada 21 April 2017, Najib atas kapasiti peribadinya,
menyaman Pua atas dakwaan memfitnah berhubung kenyataan Pua dalam video siaran
langsung berkaitan pembentangan RUU355.
Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa Pua telah
membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen pada 6 April 2017, yang
telah dirakamkan dan dimuat naik oleh defendan dan/atau ejen-ejennya dalam laman
Facebook rasminya ‘Tony Pua’.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Plaintif mendakwa video siaran langsung berdurasi dua minit
dan 21 saat itu bertajuk “BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS
RUU355 Private Member’s Bill” boleh diakses dan ditonton secara meluas dan
mudah di Internet.
Najib mendakwa kenyataan dalam video siaran langsung itu
mengandungi perkataan yang merujuk secara spesifik kepada dirinya dan membawa
maksud bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan melalui
Kabinet kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat agar memberi laluan kepada anggota
Parlimen Marang untuk mengusulkan Rang Undang-Undang Persendirian itu serta
mengetepikan Rang Undang-Undang yang lain. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Namewee Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali