Tuesday, December 09, 2025

Dunia Memerhati, Dakwaan Tun Mahathir Pesawat Disabotaj Serius – Nazri

April 30, 2018
1 min read



KUALA KANGSAR: Pihak berkuasa penerbangan awam di negara ini
perlu mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu, kononnya pesawat peribadi yang
dinaikinya telah disabotaj.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz
berkata, tuduhan itu sangat serius kerana ia boleh menjejaskan keyakinan dunia
terhadap industri penerbangan negara.

Di samping itu, kata beliau, dakwaan itu juga boleh
menyebabkan dunia kurang keyakinan terhadap keupayaan negara mengawal
tempat-tempat keselamatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut beliau, industri penerbangan bukan hak mutlak
sesebuah negara, sebaliknya ia saling berkait di seluruh dunia.
Tambahan pula, katanya, dalam keadaan sekarang dimana isu
keselamatan sangat sensitif, lebih-lebih lagi dengan adanya ancaman daripada
kumpulan pengganas seperti Daish, yang turut mengancam keselamatan dunia.

“Jadi Jabatan Penerbangan Awam sekarang ini sepatutnya
melihat Akta mereka kerana ini adalah serius dan kalau tidak, if we don’t clear
the air, maka ini akan menyebabkan dunia akan kurang berkeyakinan terhadap
keupayaan kita untuk menjaga keselamatan penerbangan awam.
“Ini serius. Saya betul-betul harap pihak Penerbangan
Awam kita akan ambil tindakan terhadap Mahathir kerana membuat satu tuduhan
yang liar dan tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas
majlis perasmian Perpustakaan Desa Kampung Bota Kanan dan Karnival Membaca di
sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini Dr Mahathir mendakwa pesawat peribadi yang
dinaikinya telah disabotaj oleh pihak tertentu.
Bagaimanapun, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
melaporkan tiada unsur-unsur sabotaj setelah pihak tersebut melakukan siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti