Tuesday, December 09, 2025

DAP ‘Kilang’ Fitnah – Najib

May 7, 2018
1 min read

PEKAN: Pendedahan ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad yang mendakwa DAP sengaja memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menunjukkan bahawa parti itu adalah ‘kilang’ fitnah yang mengeluarkan propaganda berita palsu bagi merosakkan imej kepemimpinan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendedahan Penolong Penerbit UbahTV milik DAP itu menunjukkan parti berkenaan menyebarkan fitnah atau berita palsu bagi mencipta kebencian rakyat kepada kerajaan khususnya BN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sehubungan itu, beliau me­minta rakyat supaya berhati-hati menerima maklumat atau tidak menerima bulat-bulat apa yang dilihat di media sosial kerana terdapat agenda untuk memburuk-burukkan pemimpin BN.
“Tidak boleh pakai yang tuan puan dengar dalam ceramah pembangkang. Kalau buka YouTube pula pelbagai cerita dan taburan fitnah semata-mata hendak memburukkan pemimpin BN.
“Hari ini baca dalam akhbar apa yang dikatakan oleh seorang orang Melayu (Amran). Dalam mengendalikan Biro Publisiti DAP, dia kata tidak sanggup menabur fitnah ke­rana itu dijadikan sebagai arahan kerja. Maknanya kilang fitnah itu dibuat dan dirancang untuk merosakkan kepemimpinan,” katanya ketika berucap pada program Ramah Mesra Bersama Warga Felda Gugusan Chini di Dataran Pusat Tenun Felda Chini di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, DAP disahkan menjalankan segala propaganda jahat dan menyebarkan fitnah terancang menggunakan nama gabungan pembangkang PKR demi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perkara itu diakui sendiri Amran yang membuat pendedahan itu, mendakwa DAP sengaja memburuk-burukkan kerajaan BN termasuk memfitnah Perdana Menteri dan keluarga dengan matlamat meracuni pemikiran rakyat.
Amran yang masih bekerja dalam Biro Publisiti di ibu pejabat parti itu berkata, dia yang turut menjalankan gerak kerja berkenaan untuk PRU-14 berasa terpanggil mendedahkan segala salah laku DAP supaya masa depan negara tidak tergadai di tangan parti yang menang atas sebab sedemikian.
Tambah Najib, DAP mengatakan bahawa jika mengundi PKR (logo PKR yang digunakan gabungan pembangkang dalam PRU-14) sama seperti mengundi DAP yang menunjukkan parti berkenaan sebenarnya mendapat kuasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Maknanya kita memberi kuasa kepada DAP lah. Saya hendak ta­nya tuan puan, DAP ini sayang Felda atau tidak dan sama ada boleh diharapkan untuk memperjuangkan agenda bumiputera.
“Apa akan terjadi kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) mi­salnya dan Felda itu sendiri pada masa akan datang jika dalam hati pemimpin negara tiada perasaan sayang kepadanya?” katanya.
– Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,