Connect with us

Berita Lain

Najib Dan Rosmah Disenarai Hitam Jabatan Imigresen


Berdasarkan carian di Semakan Status Perjalan Imigresen
(SSPI) bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri
Rosmah Mansor disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.
Pangkalan data itu yang membenarkan rakyat Malaysia
memeriksa sama ada mereka boleh ke luar negara sejak semalam dan sehingga
berita ini ditulis (5.30 pagi) tidak dapat diakses.
Siasatan Malaysiakini mendapati laman web berkenaan hanya
tidak dapat diakses dari dalam Malaysia. Sekiranya diakses dari dalam negara
tanpa menggunakan proksi, laman web berkenaan akan menunjukkan ia tidak dapat
diakses (down).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, dengan menggunakan proksi luar negara,
Malaysiakini berjaya mengakses sistem laman web berkenaan untuk memeriksa
status Najib dan Rosmah menggunakan nombor kad pengenalan mereka.
Nombor kad pengenalan itu juga sudah disemak dalam rekod
Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengesahkan identitinya.
Semakan mendapati dengan memasukkan nombor kad pengenalan
Najib (530723-06-XXXX) dan Rosmah (511210-05-XXXX) paparan keputusan tertera
“Sila rujuk ke pejabat imigresen”.


Ia adalah paparan yang tertera bagi anggota parlimen Pakatan
Harapan dan aktivis politik yang tidak dibenarkan ke luar negara sebelum ini.
Lazimnya, sekiranya individu itu tidak disenaraihitamkan
oleh Imigresen, paparan keputusan yang tertera adalah “Tiada Halangan”.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tidak dapat dipastikan sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) atau Jabatan Imigresen membuat tetapan (setting) di laman web
itu bagi menghalang akses dari dalam negara.
Ini bererti Najib dan Rosmah tidak dapat memeriksa status imigresen
mereka kecuali menggunakan proksi.
Penyenaraianhitam bekas perdana menteri dan isterinya itu
terjadi ketika terdapat laporan semalam berhubung penerbangan yang menunjukkan
mereka merancang untuk ke Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Perdanakusuma di Jakarta.
Najib dan Rosmah dikatakan akan menaiki kapal terbang
persendirian yang dioperasikan oleh Premiair.

Premiair adalah syarikat yang dimiliki oleh Peter Sondakh,
yang juga merupakan pengasas PT Rajawali Corp.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel