Connect with us

Berita Lain

Larangan Masuk Sabah Terhadap Pemimpin PH Ditarik Balik

Foto: Harian Metro

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
hari ini mengumumkan larangan memasuki Sabah terhadap pemimpin dari Pakatan
Harapan (PH) dari Semenanjung oleh kerajaan negeri sebelum ini ditarik balik.
Beliau berkata, ia membabitkan semua pemimpin yang pernah
dikenakan tindakan itu oleh Jabatan Imigresen negeri, termasuk Naib Presiden
PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.
Mohd Shafie mengumumkan perkara itu pada sidang media
pertamanya selepas memulakan tugas Ketua Menteri di pejabat Ketua Menteri Sabah
di Tingkat 32, bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, hari
ini, lapor BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, kerajaan negeri turut menyerahkan kepada Jabatan
Imigresen untuk mengambil tindakan jika perlu menghalang mana-mana individu
atau pemimpin berkaitan daripada meninggalkan negeri ini.
“Jika orang dari luar boleh dihalang memasuki negeri
ini kenapa tidak orang yang dari negeri ini juga boleh dihalang keluar,”
katanya menjawab soalan berkaitan siasatan salah laku yang mungkin dilakukan
terhadap kerajaan sebelum ini.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata, beliau akan menemui
ketua jabatan dan agensi serta semua kakitangan kerajaan negeri untuk
memaklumkan mengenai hala tuju kerajaan pimpinannya.
Katanya, beliau juga akan mendapatkan taklimat Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkaitan situasi keselamatan di Sabah bagi
merangka langkah yang akan diambil seperti yang dijanjikan sebelum ini.
“Saya akan buat beberapa taklimat dan pertemuan dengan
ketua jabatan serta anggota perkhidmatan awam untuk membolehkan saya
menjelaskan hala tuju kerajaan negeri di bawah kepemimpinan yang baharu kerana
adalah penting untuk mereka memahami hala tuju kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya juga akan meminta taklimat daripada Pesuruhjaya
Polis Sabah berkaitan keselamatan. Seperti saya janjikan ada beberapa
pendekatan akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari, iaitu pembaharuan yang akan
dilaksanakan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan membuat
pengumuman rasmi berhubung kerjasama Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersama
Pakatan Harapan (PH) dengan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu
(UPKO) selepas membentuk pakatan menubuhkan kerajaan negeri.
Katanya, beliau juga akan menemui semua wakil rakyat
gabungan kerajaan untuk memberikan taklimat berkaitan beberapa perkara termasuk
keperluan mengisytiharkan harta.
“Ini termasuk keputusan kerajaan negeri untuk melarang
anggota Kabinet menjalankan perniagaan atau terbabit dalam kegiatan berkaitan
hartanah bagi mengelak wujud konflik kepentingan,” katanya.
Terdahulu, Mohd Shafie melahirkan rasa syukur memulakan
tugas sebagai Ketua Menteri tanpa apa-apa halangan hasil perbincangan dengan
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel