Connect with us

Berita Lain

Anwar Akan Dibebaskan Terus Dari Hospital


KUALA LUMPUR – Proses pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan dilakukan di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini tanpa
perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata Anwar
dijangka dibebaskan selepas syor pembebasan dan pengampunan penuh oleh
mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja yang bersidang 11 pagi esok.
“Jadi, jangkaan kita (pembebasan) sekitar tengah hari esok
sebelum perhimpunan pada sebelah petang di Petaling Jaya,” katanya kepada
pemberita selepas melawat Anwar di hospital itu, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk
Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V berkenan agar semua prosedur berkaitan prosiding Lembaga Pengampunan
Diraja untuk Anwar dimuktamadkan esok.
Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015
selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan
meliwat bekas pembantu peribadinya.
Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum
ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun. – BERNAMA


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel