Connect with us

Berita Lain

3 Kondo Mewah Milik Anak Najib, Tan Sri

Foto: NST

Polis mengesahkan dua daripada tiga unit kondominium mewah
di tengah Kuala Lumpur yang digeledah baru-baru ini milik anak Datuk Seri Najib
Razak, iaitu Nooryana dan Mohd Ashman.
Satu unit lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh, dimiliki seseorang yang bergelar Tan Sri, lapor Malaysiakini.
Bagaimanapun identiti Tan Sri terbabit tidak didedahkan.
Amar Singh berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan
sama ada kediaman mewah di Pavilion Residence itu mempunyai kaitan dengan bekas
perdana menteri terbabit.
“Ia akan jadi sebahagian daripada siasatan. Saya rasa
tidak wajar untuk saya mengatakannya sekarang,” katanya.
Amar Singh berkata demikian dalam sidang media di Kuala
Lumpur hari ini.
Polis Bukit Aman menggeledah tiga kediaman mewah yang
terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu.

Hasil penggeledahan itu polis merampas 72 beg berisi wang
tunai serta barangan berharga, selain 284 kotak beg tangan berjenama mahal.
Amar mendedahkan daripada 72 beg itu, 35 mengandungi wang
tunai dalam 26 mata wang dengan nilai keseluruhan RM114 juta.
Nilai bagi barangan kemas serta jam yang terkandung dalam
beg lain, katanya, belum disahkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel