Connect with us

Berita Lain

‘Jururawat maut akibat kereta dihempap kereta’

KEADAAN jururawat yang cedera parah selepas tersepit dalam kereta dalam kemalangan di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Bukit Mertajam, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca


JURURAWAT maut selepas keretanya dihempap kereta lain dipandu lelaki dipercayai mabuk yang terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) di Bukit Mertajam, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan pada 7.30 pagi itu, mangsa Nur Hidayah Mahmud, 32, beralamat di Pengkalan Hulu, Perak maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian berlaku apabila Toyota Vios dipandu lelaki, 44, dipercayai mabuk merempuh Toyota Altis di laluan arah ke Kulim.


Menurutnya, akibat itu kereta Toyota Vios berkenaan terbalik sebelum menghempap Perodua Viva dipandu mangsa di laluan menghala Seberang Jaya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Kereta dipandu jururawat itu terbabas kira-kira 77 meter ke bahu kiri jalan dan sebuah pacuan empat roda juga merempuh kereta dipandu lelaki berkenaan.


“Anggota bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian pada 7.36 pagi tiba sebelum mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit,” katanya.


Menurutnya, pemandu Toyota Vios dan Toyota Altis cedera lalu mendapatkan rawatan di hospital, manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan.


Katanya, polis sudah mengambil sampel darah pemandu Toyota Vios dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel