Connect with us

Berita Lain

‘Berbeza’, Kata Tun M


TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan diambil terhadap
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak adalah dua kes berbeza.
Perdana Menteri berkata, kesalahan dilakukan Najib dilaporkan
oleh media dan masyarakat bercakap mengenainya selama bertahun-tahun.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, maklumat berkaitan kes
Anwar diperoleh daripada polis yang dengan sendirinya membezakan kes dua
individu berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam kes Anwar, saya dimaklumkan oleh polis tetapi dalam
kes Najib, saya tahu sendiri. Saya mendapat maklumat daripada sumber awam,
media dan semua orang bercakap mengenai apa yang dilakukannya.
“Beliau (Najib) tidak menyaman mereka yang membuat tuduhan,
sekali gus membuktikan semua perkara itu memang dilakukannya. Maka dalam kes
Najib, saya tahu ia berbeza,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama akhbar
The Edge Weekly.
Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1
Disember 1003 sebelum dipecat daripada Kabinet pada 2 September 1998 hingga
membawa kepada hukuman penjara.
Keadaan itu menyaksikan kedua-duanya berseteru selama
beberapa tahun sehinggalah Dr Mahathir meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan
Harapan pada 2016.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ditanya sama ada sukar baginya mengambil tindakan terhadap
Najib berikutan hubungan baiknya bersama bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak
Hussein, Dr Mahathir mengakui pelantikan Najib dibuat atas rasa terhutang budi
kepada bapanya.
“Tanpa Tun Razak, saya tidak akan menjadi Perdana Menteri
(kali pertama pada 1981). Tun Razak memberitahu Tun Hussein Onn (Perdana
Menteri ketiga) untuk menghubungi saya jika mempunyai masalah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Justeru, apabila Tun Hussein perlu memilih daripada tiga
Naib Presiden UMNO, beliau memilih saya.
“Itulah bagaimana saya menjadi Perdana Menteri, maka saya
terhutang budi kepada Tun Razak. Saya sangkakan Najib akan menjadi seperti
bapanya, tetapi ternyata saya silap,” katanya.

– Harian Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel