Connect with us

Berita Lain

Vape Jadi Punca Nur Alya Dibunuh


Pertengkaran berkaitan tabiat suspek menghisap rokok
elektronik (vape) dipercayai antara faktor menyebabkan lelaki itu berang
sebelum mencekik Nur Alya Damia Hairi, 19, hingga mati, malam kelmarin.
Sumber berkata, mangsa dan bekas teman lelakinya yang
berusia 19 tahun itu, dipercayai baru berpisah beberapa minggu lalu dan
dikatakan bertemu semula pada malam kejadian untuk berbincang mengenai hubungan
mereka.
“Ketika bertengkar di dalam kereta, mangsa dikatakan
mengugut suspek untuk memberitahu ibu bapa lelaki itu mengenai perhubungan
mereka, selain tabiatnya menghisap vape tanpa pengetahuan orang tuanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Suspek yang marah kemudian hilang kawalan lalu mencekik
leher mangsa selama beberapa minit sebelum menyedari hidung mangsa berdarah dan
dia sudah tidak sedarkan diri.
“Lelaki itu dipercayai panik dan kemudian menolak mangsa
keluar dari keretanya dan terus pulang ke rumah sewa,” katanya kepada NSTP,
hari ini.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia
yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui seorang
penduduk di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, sebelum dia
menghubungi polis.
Susulan itu, polis dalam tempoh 15 minit, mengesan dan
menahan suspek utama yang juga penuntut KVPD di rumah sewanya di Taman PD
Idaman, kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahkamah Majistret Port Dickson membenarkan suspek direman
tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, siasatan awal mendapati, mangsa keluar dari rumah
sewanya di Taman Selasih selepas dijemput suspek dengan menaiki PROTON Wira dan
mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan perumahan itu sebelum pertengkaran
tercetus.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson,
Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor, berkata pihaknya menyiasat kes berkenaan
merangkumi semua aspek dan dalam proses melengkapkan kertas siasatan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel