Connect with us

Berita Lain

Restoran Diarah Tutup Serta-Merta


BAHAGIAN Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan
Wilayah Persekutuan hadir di premis restoran makanan daun pisang bagi
menjalankan pemeriksaan susulan video tular pekerjanya mencuci pinggan
menggunakan air lopak di tepi jalan belakang premis itu di Bangsar, Kuala
Lumpur, sebentar tadi.
Seramai kira-kira 10 pegawai tiba dengan menaiki dua van
pada 9.20 minit pagi, lapor Harian Metro.
Sepuluh minit kemudian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) tiba, difahamkan bagi menyerahkan notis penutupan restoran terbabit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, restoran itu tidak beroperasi pada hari ini
dan hanya seorang sahaja pekerjanya hadir untuk membuka kunci premis berkenaan
bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.
Semalam, tular di media sosial dan Whatsapp memaparkan
pekerja didakwa daripada restoran makanan daun pisang, Raj’€™s Banana Leaf mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi
jalan.
Pihak pengurusan restoran berkenaan turut memohon maaf
menerusi akaun Facebook rasminya berhubung insiden itu.
Seiring permohonan maaf itu, Raj’s Banana Leaf mengumumkan
untuk menyediakan juadah buka puasa percuma di cawangannya di Bangsar pada 31
Mei ini, dari 7.30 malam sehingga 9.30 malam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, portal tempatan, TwentyTwo13, melaporkan
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, restoran
itu akan ditutup bermula hari ini.
“Saya akan mengarahkan pegawai Jabatan Kesihatan dan Alam
Sekitar menyita premis itu esok.
“Ia akan ditutup sehingga mereka mematuhi semua peraturan,”
katanya dipetik dari laporan itu.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel