Connect with us

Berita Lain

Desak Bayar Hutang Punca Warga Emas Tembak Rakan


MANJUNG – Gara-gara tidak tahan sering diasak supaya bayar
hutang perniagaan dipercayai punca seorang warga emas menembak mati rakannya
sebelum bertindak bunuh diri dalam insiden di sebuah restoran di Kampung Koh
dekat sini malam tadi.

Lelaki tersebut, Chu Phan Hoo, 62, ditemukan mati dipercayai
menembak dirinya sendiri di dalam kereta jenis Toyota Fortuner di tepi bangunan
kedai di Simpang Dua, kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia menembak rakannya,
Ling Iu King, 66.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Ling maut ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan
di Hospital Seri Manjung.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Yahya Abd Rahman
berkata suspek dan mangsa telah minum bersama dan dipercayai mabuk sebelum
berlaku perselisihan faham kira-kira 11 malam.
“Suspek telah menembak kaki mangsa dan kemudian semasa di
hadapan kedai mangsa ditembak lagi sebelum suspek kemudiannya melarikan diri
bersama pistol mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Yahya berkata pemeriksaan di dalam kereta suspek menemukan
pistol jenis semi auto beserta kelopak peluru pada celah paha suspek dan
senapang patah di tempat duduk sebelah pemandu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kedua-dua mangsa dan suspek mempunyai lesen senjata api.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan,” katanya. – BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel