Connect with us

Berita Lain

Guan Eng ‘Petik’ Angka Tak Tepat, Dakwa Najib


DATUK Seri Najib Razak membidas kenyataan Menteri Kewangan,
Lim Guan Eng yang didakwa terus memberikan angka tidak tepat berkaitan hutang
negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kos projek mega Kereta Api
Berkelajuan Tinggi (HSR).
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Guan Eng wajar memberikan
angka yang tepat kerana pasaran kewangan amat bergantung kepadanya dalam
membuat keputusan selain bagi mengelak rakyat keliru.
Beliau mendakwa sejak minggu lalu, Menteri Kewangan itu
berterusan memetik pelbagai angka tidak tepat dan berbaur politik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Awalnya, beliau mengejutkan pasaran saham dengan menyatakan
hutang negara berjumlah RM1 trilion tanpa memberikan penjelasan. Hanya selepas
dipersoal pelbagai pihak termasuk saya, dia akhirnya memberi penjelasan bahawa
hutang rasmi negara kekal RM686.8 bilion atau 50.8 peratus daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Angka 50.8 peratus ini juga paling rendah dalam tempoh 10
tahun ini dan jauh lebih rendah daripada 103.4 peratus yang dicapai pada masa
lalu di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Akibat kenyataan yang tidak sepatutnya itu, membawa kepada
kejatuhan bursa saham minggu ini, selama 18 hari berturut-turut aliran keluar
modal asing,” katanya dalam catatan terbaru di Facebook rasminya, hari ini.
Najib berkata Guan Eng juga bertegas bahawa projek HSR
antara Malaysia-Singapura yang kini dibatalkan membabitkan kos RM110 bilion,
walaupun kerajaan Singapura dan Malaysia sebelum ini menganggarkan kos
maksimumnya RM72 bilon termasuk kos pengambilan tanah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Beliau (Guan Eng) mendakwa peningkatan angka RM110 bilion
ini termasuk kos kadar faedah. Bagaimana dia boleh memberikan angka tidak jelas
ini sedangkan tender antarabangsa ini memerlukan pihak terbabit mengemukakan
cadangan pakej kewangan hanya ditutup pada Disember 2018.
“Dalam perbincangan sebelum ini, semua pihak yang mengambil
bahagian dalam projek ini pada awalnya menyatakan mereka boleh mencadangkan
pakej kewangan dengan faedah rendah, malah tanpa faedah seperti ditawarkan
kepada India,” katanya.
Najib berkata, Kementerian Kewangan juga terus mengabaikan
permintaan pelbagai pihak supaya mendedahkan kajian kebolehlaksanaan dan
ekonomi untuk projek HSR.
“Demi ketelusan, laporan ini harus didedahkan kepada orang
ramai untuk menentukan sama ada kepentingan terbaik Malaysia tercapai dengan
membatalkan projek berkenaan,” katanya.
Najib juga berkata, Guan Eng semalam mendakwa hutang semasa
1MDB adalah RM50 bilion termasuk faedah, yang jauh lebih tinggi daripada RM30
bilion dan RM38 bilion dinyatakan minggu lalu.
“Menteri Kewangan sepatutnya menjelaskan hutang ini disokong
oleh aset yang boleh bernilai sehingga RM30 bilion atau AS$3.5 bilion (RM14
bilion) daripada hutang ini dijamin oleh kerajaan asing. Ia juga tertakluk
perundingan sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian,” katanya.

– Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel