Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Sedang Siasat ‘Fail Sulit Merah’, Kata Lim


Proses siasatan berkenaan rahsia “fail merah” yang
didakwa mengandungi perkara berkenaan penyelewengan dan skandal membabitkan
1MDB sedang dijalankan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata proses siasatan itu dipertanggungjawabkan
kepada syarikat perakaunan dan audit dalaman yang dilantik untuk memastikan
siasatan lebih komprehensif .
“Syarikat perakaunan akan membuat siasatan sedaya upaya
dan tiada had masa tetapi saya yakin akan dijalankan (diselesaikan) secepat
mungkin,” 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemeteraian
perjanjian persefahaman antara agensi Perbadanan Pemuliharaan dan Pembangunan
George Town dengan Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur di George Town, hari ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan kenyataan Lim
berhubung “fail merah” berkenaan yang sebelum ini didakwa cuba
disorok oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam wawancara dengan akhbar itu, Lim dilapor berkata
sebelum ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN
menghalang auditor dan pegawai yang bertanggungjawab untuk menelitinya secara
profesional dan integriti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam perkembangan lain, Lim memuji langkah kerajaan negeri
Pulau Pinang yang memotong 10 peratus gaji ketua menteri dan 10 anggota Exco
untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).
Jumlah kutipan THM dikemas kini setiap hari pada tiga petang
di laman web Kementerian Kewangan.
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel