Connect with us

Berita Lain

Zulkifli Bakal Dilantik Panglima ATM


BEKAS Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal
Abidin bakal dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) berkuatkuasa 20
Jun ini.
NSTP difahamkan, Majlis Angkatan Tentera yang bermesyuarat
pada Khamis sebulat suara memilih Zulkifli untuk menggantikan Jeneral Tan Sri
Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bagi menerajui ‘kerusi’ tertinggi
angkatan tentera itu.
Majlis Angkatan Tentera yang secara tradisinya
dipengerusikan Menteri Pertahanan dan dianggotai tiga panglima tentera,
mempunyai kuasa penuh menentukan antaranya pelantikan, kenaikan pangkat dan isu
disiplin dalam angkatan tentera, lapor Harian Metro.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Mohamad
Sabu sebagai Menteri Pertahanan selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika dihubungi NSTP, Zulkifli yang juga pakar penembak
tepat, taktik persenjataan dan pemberontakan mengesahkan pelantikan itu tetapi
enggan mengulas lanjut.
Difahamkan, Zulkifli yang sepatutnya bersara wajib 30
November depan, kini sedang bercuti pra persaraan sejak 15 Mei selepas
melepaskan jawatannya sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia
(UPNM).
Jawatan berkenaan kini diisi Ketua Markas ATM Leftenan
Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal.
Sumber industri pertahanan menyifatkan kembalinya Zulkifli
dalam tampuk tertinggi angkatan bersenjata negara itu adalah langkah tepat
selepas lima tahun beliau ‘dipinggirkan’.
“Ini boleh disifatkan sebagai masa pembalasan apabila
jawatan Panglima Tentera Darat yang dipegang Zulkifli sebelum ini, diberikan
kepada Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tanpa rela pada
14 Jun 2013,” kata sumber berkenaan.
Zulkifli dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) pada
14 Jun 2011, sebelum dipindahkan untuk menjadi Naib Canselor UPNM.
Ia berlaku ketika kemuncak serangan militan Sulu di Lahad
Datu pada 2013 apabila Zulkifli dikatakan tidak sependapat dengan pucuk
pimpinan Kementerian Pertahanan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pertama kali dalam sejarah seorang jeneral empat bintang
dilantik menjadi naib canselor UPNM, jawatan yang sebelum ini dipegang Leftenan
Jeneral ‘tiga bintang’.
“Malah, ketika masih menjadi jeneral tiga bintang, Zulkifli
pernah memegang jawatan Naib Canselor di universiti itu pada 2008 sebelum
dinaikkan pangkat menjadi PTD,” kata sumber itu lagi.
Zulkifli ketika itu disebut-sebut bakal dilantik sebagai PAT
bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Zulkifli bakal menggantikan Raja Affandi yang difahamkan
akan tamat kontrak lanjutan pada 19 Disember ini.
Raja Affandi yang dilahirkan di Kampung Raja di Besut,
menggantikan Zulkifeli sebagai PAT pada 19 Disember 2016 dan sepatutnya bersara
pada tarikh lahirnya, 20 Jun tahun lalu.
Bagaimanapun, tempoh perkhidmatannya dilanjutkan selama
setahun.
Sumber berkata, Raja Affandi dijadualkan menyerahkan
tanggungjawabnya kepada Zulkifli di Kementerian Pertahanan pada 20 Jun ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel