Connect with us

Berita Lain

Kemenangan PH Pada PRU14 Bukti Rakyat Mampu Tolak Rasuah


ALOR SETAR, 3 Jun ― Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata  kemenangan besar Pakatan Harapan
(PH) pada pilihan raya umum ke-14 
membuktikan rakyat mampu menolak sogokan dan rasuah yang ditawarkan
kerajaan terdahulu bagi mendapatkan undi.
Katanya, tindakan itu didorong rasa tanggungjawab rakyat
terhadap kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
“Sebab itu ramai rakyat dari semua peringkat telah tolak
parti yang umpan mereka dengan sogokan sebaliknya mereka beri sokongan kepada
sebuah parti yang miskin dan tidak dapat hulur wang dan macam-macam lagi
sogokan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Rakyat memberi sokongan kuat sehingga terjatuhnya sebuah kerajaan
yang memerintah negara selama 61 tahun kerana sikap mereka [kerajaan terdahulu]
yang bertukar daripada pejuang kemerdekaan kepada parti yang tamak untuk kumpul
kekayaan sendiri,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan
jentera pilihan raya PH Kedah di Dewan Seri Mentaloon di sini hari ini.
Turut hadir, menteri besar Kedah yang juga pengerusi PH
negeri Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta barisan pemimpin tertinggi parti
komponen PH Kedah.
Dr Mahathir yang menggunakan analogi umat Islam berpuasa
pada bulan Ramadan berkata seperti mana seseorang menahan diri daripada
perkara-perkara yang membatalkan puasa, begitu 
jugalah tindakan rakyat yang sanggup menahan nafsu daripada menerima
rasuah.
“Ini adalah satu kejayaan besar buat kita, kita disuruh
untuk tolak nafsu dan ikut apa ditentukan oleh akal fikiran.
“Akal suruh kita buat kebaikan dan larang buat kejahatan
tapi manusia lemah dan kadang-kadang mereka tidak dapat lawan nafsu,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu beliau berkata kerajaan baharu sekarang perlu
mengambil iktibar daripada kegagalan Barisan 
Nasional (BN) yang selama ini angkuh dan enggan menerima teguran dan
nasihat daripada pembangkang.
“Kita selalu tegur bahawa BN ini terlibat secara besar-besaran
dengan sogokan dan rasuah, tapi sekarang kita sudah menang dan kita tidak harus
ikut jejak langkah mereka, jangan jadi tamak sehingga sekali lagi rakyat akan
bangkit jatuhkan kita pula, inilah janji kita dahulu dan ia mesti ditunaikan,”
katanya.
Beliau turut mengajak rakyat agar terus berpegang pada
prinsip menolak rasuah dan bersama-sama membantu mewujudkan sebuah negara yang
maju dan berdaya saing.
“Seperti mana rakyat sokong PH begitu juga kita harap rakyat
akan berpegang teguh pada perjuangan mereka bagi menjadikan negara dipandang
tinggi dan dihormati masyarakat,” katanya. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel