Connect with us

Berita Lain

Annuar Musa Umum Bertanding Jawatan Timbalan Presiden UMNO


KUALA LUMPUR –  Ketua
Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan untuk bertanding
jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan parti 30 Jun ini.
Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata, keputusan
itu dibuat setelah mengambil kira situasi terkini dalam parti dan setelah
berbincang dengan pemimpin kanan parti di peringkat nasional dan negeri.
“Saya dengan penuh rasa tanggungjawab memaklumkan
bahawa saya akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden
UMNO dalam pemilihan UMNO pada 30 Jun ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kepada Allah SWT saya berserah. Semoga segalanya
berjalan dengan baik dan kesetiaan saya pada parti demi memperjuangkan agama,
bangsa dan negara akan terus saya pertahankan, Insya-Allah,” katanya
menerusi catatan akaun Facebook miliknya, malam ini.
Setakat ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga bekas Menteri Besar Negeri
Sembilan turut mengumumkan untuk bertanding jawatan sama.
Majlis Tertinggi UMNO menetapkan tarikh persidangan tahunan
Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula pada 19
Mei 2018  sehingga 10 Jun 2018.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30
Jun 2018 dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan
pemilihan parti di semua peringkat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Setakat ini, hanya nama pemangku tugas  presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
disahkan bertanding untuk jawatan presiden.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden,
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula mengesahkan tidak akan bertanding
untuk mana-mana jawatan dalam parti itu. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel