Connect with us

Berita Lain

Ada Yang Mula Menyesal Undi PH, Kata Najib



PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam kontrak termasuk guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan menikmati nasib lebih  baik jika Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan.  


Menurut bekas perdana menteri itu kerajaan BN tidak tergamak memberhentikan seorang pun daripada 17,000 penjawat awam kontrak yang selama ini dibantu punca pendapatannya.


Merujuk kepada satu status yang dibacanya di Facebook hari ini, Najib mendakwa ada penjawat awam kesal dengan tindakan mereka memberi undi kepada Pakatan Harapan pada PRU14.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Seorang guru Kafa menyebut bahawa dia mengundi PH kerana sejak anaknya lahir, dia berdepan dengan momokan terhadap cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)… ke mana dia pergi, pekedai menyebut harga barang naik disebabkan GST.


“Tiba-tiba dua hari selepas 9 Mei, dia dapat notis pemberhentian kerja meskipun mengundi Harapan… ditamatkan (perkhidmatan) pada awal Ramadan dan air matanya menitis apabila melihat wajah dua anak kecilnya,” kata wakil rakyat Parlimen Pekan itu di sini hari ini.


Najib berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada 100 orang golongan asnaf di Masjid Kampung Padang Polo di sini hari ini, yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau seterusnya berterima kasih kepada pengundinya kerana menjadikan Parlimen Pekan sebagai kawasan kemenangan BN tertinggi pada PRU14 walaupun berlaku penurunan dalam jumlah majoriti undi.


Katanya sebagai ahli Parlimen yang diberikan kepercayaan dan mandat pada pilihan raya lalu, beliau akan terus melunaskan tanggungjawab walaupun dirinya kini dalam kapasiti berbeza. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel