Shah Alam: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam menerusi khidmat khas membantu kakitangan Hospital Shah Alam (HSAS) mengangkat wanita obes seberat 200 kilogram.
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Wanita berusia 44 tahun itu memerlukan rawatan dan pemeriksaan, namun petugas yang tiba dengan ambulans sukar mengangkatnya keluar dari rumah di Seksyen 20 di sini, semalam.
Ketua BBP Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai HSAS yang meminta bantuan khidmat khas itu jam 9.38 pagi.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan tujuh anggota bersama jentera tiba di lokasi jam 9.47 pagi.
“Mangsa diangkat menggunakan cadar lalu diletakkan di atas pengusung beroda,” katanya.
Menurutnya, wanita itu dimasukkan ke dalam ambulans dan dibawa ke HSAS bagi mendapatkan rawatan lanjut.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Azmel berkata, operasi khas itu berjalan lancar dan selesai jam 10.16 pagi.
-mymetro