Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Minta Pinjam Yen Daripada Jepun


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata
beliau meminta Jepun memberi kredit yen kepada Malaysia, dengan rakan
sejawatannya itu Shinzo Abe berkata beliau akan menimbang permohonan itu.
Dr Mahathir dalam taklimat kepada wartawan Malaysia mengenai
hasil lawatan kerja tiga harinya ke Jepun, berkata beliau menyebut perkara itu
kepada Abe pada pertemuan sebelum itu mengenai pinjaman mudah yang diberikan
oleh Jepun kepadanya ketika beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri
sebelum ini, dengan kadar faedah hanya 0.7 peratus yang dibayar balik lebih 40
tahun.
“Pada masa itu kedudukan kewangan Jepun sangat baik.
Namun kali ini, kita juga meminta beliau menimbang memberikan kredit yen kepada
Malasia dan beliau bersetuju untuk menimbangkannya,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Masa itu keadaan kewangan Jepun amat baik, tapi kali
ini kita juga minta supaya dia timbang untuk memberi kredit yen (pinjaman)
kepada Malaysia, dan dia mengaku bahawa dia akan timbang,” katanya.
“Kredit yang dia (Jepun) bagi itu untuk kita buat apa
yang kita janji dengan dia, mungkin juga kita akan selesaikan pinjaman berkos
tinggi yang kita ada dan menggantiannya dengan kredit yen.
“Oleh itu, kadar faedah akan lebih murah dan kita tidak
perlu menanggung faedah yang besar, untuk tempoh yang lama,” kata Dr Mahathir.
Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Dr Mahathir, yang
mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ketujuh bulan lepas,
mendapati hutang kerajaan persekutuan mencecah RM1 trilion, dan berusaha
menurunkan paras berkenaan.
“Kredit yen ini kalau diberi sebagai soft loan
(pinjaman mudah) akan menolong membantu kita untuk tangani masalah hutang kita
yang besar. Kita tak semestinya menyelesaikan pinjaman lama, tetapi yang murah
ini (kadar faedah) ini boleh menyumbang kepada pemulihan situasi hutang
kita,” kata perdana menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia mengambil pinjaman
sebelum ini dengan kadar faedah yang amat tinggi sehingga mencecah enam
peratus, dan ada juga orang yang menguruskan kredit ini mendapat komisyen
sehingga 10 peratus.
Jelasnya: “Bila kita bagi 10 peratus komisyen, bermakna
kalau kita ambil (pinjaman) 100 juta, bermakna kita dapat hanya 90 juta, tapi
kita masih kena bayar dengan kadar faedah yang sama seperti 100 juta.
“Jadi kalau kita ambil 90 juta, tetapi kita bayar untuk
100 juta bermakna faedah itu meningkat dari enam peratus kepada tujuh atau 7.5
peratus. Ini menyebabkan kos meminjam terlalu tinggi.”
“Kalau kita boleh kurangkan kos itu dengan kita mungkin
pinjam dari punca yang lain, yang mana kadar faedanya rendah, kita akan dapat
menyelesaikan pinjaman lama,” kata Dr Mahathir
Beliau berkata jumlah kredit yen yang dipohon tidak
dibincangkan bersama Abe.
Dr Mahathir turut ditanya mengenai laporan bahawa projek
Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura tidak dibatalkan tetapi
sebaliknya ditangguhkan.
“Ia ditangguhkan, namun pada masa ini kami perlu kaji
semula, dan jika kekurangan dana. kami akan tangguhkan pelaksanaannya atau
mengurangkan skop projek itu,” katanya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel