Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Pertahan Tindakan CEP Panggil Dua Hakim


Foto: Kosmo



TOKYO – JEPUN. Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan
tindakan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dilaporkan
  memanggil untuk berjumpa dua hakim baru-baru
ini.

Bercakap kepada media Malaysia pada hari terakhir lawatan
kerja tiga hari beliau ke Jepun, di sini pada Selasa, perdana  menteri berkata pada pandangan beliau, CEP
tidak melanggari  bidang kuasanya.

“Saya  tidak fikir
begitu. Mereka mempunyai hak untuk bercakap dengan begitu ramai orang yang pada
hari ini tidak bersalah sebab mereka masih belum didakwa, Tetapi mereka boleh
memberi maklumat yang akan membolehkan kami mengambil tindakan ke atas ramai
orang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Advertisement
“Jika kamu tidak boleh bercakap dengan mereka (CEP), kamu
tidak boleh mencadangkan kepada mereka apa yang baik untuk mereka, maka seluruh
kumpulan Majlis Penasihat ini seharusnya dibubarkan,” katanya.
Laporan  menyebut
bahawa pengerusi  CEP Tun Daim Zainuddin
menerima kecaman hebat kerana didakwa memanggil Ketua Hakim Negara Tan Sri Md
Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan 
Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin supaya 
menghadiri satu pertemuan, di mana beliau mendesak mereka meletak
jawatan.
Dr Mahathir berkata: “Mereka (CEP) membayangkan kepada
kedua-dua hakim itu bahawa adalah baik sekiranya mereka meletak jawatan, jika
tidak, kerajaan mungkin terpaksa mengambil tindakan untuk menyingkirkan  mereka sebab kami percaya perlanjutan tempoh
mereka memegang jawatan sebagai hakim kanan adalah tidak betul.
“Majlis Peguam dan peguam terkemuka yang lain berpendapat
perlanjutan seperti itu tiada kewajaran, ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Kami telah memberi kepada hakim sehingga berumur  65 tahun untuk berkhidmat sebagai hakim,
tetapi melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka bermakna menafikan hakim lain
peluang untuk kenaikan pangkat,”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perdana menteri turut ditanya tentang tindakan Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik  Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu
Sarawak (SUPP)  yang keluar daripada
Barisan Nasional (BN) Sarawak dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS),
berpusat di Sarawak.
Dr Mahathir menegaskan GPS bukanlah anggota Pakatan Harapan,
yang dipengerusikannya, namun  mereka
mengikrarkan sokongan kepada kerajaan Harapan.
“Jadi kami kini mempunyai sokongan yang amat padu di
parlimen bukan hanya daripada Ahli Parlimen Harapan,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel