Connect with us

Berita Lain

Dua Pasukan Khas Teliti Kertas Siasatan 1MDB – Peguam Negara


PEJABAT Peguam Negara menubuhkan dua pasukan khas bagi
meneliti kertas siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
setelah menerimanya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
hari ini.
Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, Jabatan Peguam Negara
memerlukan sedikit masa untuk meneliti kertas siasatan berkenaan, namun
mengambil maklum akan keperluan penelitian perkara berkenaan dengan kadar
segera, lapor Harian Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pejabat Peguam Negara sukacita memaklumkan kertas siasatan
berkaitan kes 1MDB telah diterima petang ini daripada pihak SPRM.
“Bagi memastikan tugas ini dapat dilaksanakan secara
berkesan, saya menubuhkan satu pasukan untuk mengkaji kertas siasatan berkenaan
dengan tujuan untuk memulakan pendakwaan jenayah jika ada.
“Satu lagi pasukan lain adalah untuk mengkaji daripada sudut
prosiding guaman yang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur,
hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua pasukan itu akan dianggotai
pegawai terdiri daripada Timbalan Pendakwaraya dan Peguam Kanan Persekutuan
berpengalaman yang akan terus melaporkan hasil kajian kepadanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya sudah menandatangani permohonan untuk bantuan bersama
dalam perkara jenayah daripada Switzerland, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan
Emeriyah Arab Bersatu.
“Harapan saya adalah agar dapat mengambil tindakan lanjut
serta menjalin kerjasama dengan mereka,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel