Connect with us

Berita Lain

SPRM Ada Ambil Keterangan Najib


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan ia
pernah mengambil keterangan Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) pada Disember 2015.
Ia sekali gus menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri itu
semalam yang mendakwa SPRM tidak pernah mendapatkan keterangannya dan tidak
pernah membuat kertas pertuduhan terhadapnya.
Keterangan itu diambil oleh beberapa pegawai yang menemui
Najib di pejabat Perdana Menteri pada tarikh berkenaan, lapor Harian Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam
Baki, ketika mengulas perkara itu berkata, SPRM sudah memulakan siasatan sejak
kes itu diketahui pihaknya.
“Sekitar Disember 2015, kami sudah bertemu Najib di
pejabatnya dan mengambil keterangannya selama tiga jam, SPRM juga telah merekod
keterangan beliau pada ketika itu,” katanya NSTP
Ditanya mengapa Najib mendakwa keterangannya tidak diambil
dalam kes itu, Azam enggan mengulas namun berkata itu adalah hak bekas Perdana
Menteri itu berkata demikian.
SPRM juga pernah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 5
Disember 2015 bertajuk ‘Perkembangan Siasatan Kes SRC International dan Dana
RM2.6 bilion’ memaklumkan kepada umum berkaitan siasatan berkenaan.
Siaran akhbar tiga perenggan itu mengesahkan SPRM pernah
merekod kenyataan Najib (ketika itu Perdana Menteri) pada tarikh terbabit dalam
pertemuan selama dua jam setengah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kenyataan itu juga menyebut Najib memberi kerjasama baik
dalam pertemuan itu dan kenyataan itu turut menyebut, SPRM akan memaklumkan
perkembangan dari semasa ke semasa.
Pada Januari 2016, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed
Apandi Ali, kemudian mengeluarkan kenyataan iaitu dana yang diterima Najib
adalah derma peribadi daripada satu keluarga diraja Arab dan bekas Perdana
Menteri itu tidak terbabit dalam sebarang salah laku rasuah.
Semalam, Najib dalam kenyataan berkata beliau tidak pernah
menerima sebarang faedah atau mencuri wang 1MDB atau dari mana-mana pihak malah
mendakwa SPRM tidak pernah mengambil apa-apa kenyataan beliau pada 2015 seperti
didakwa ada kertas pertuduhan yang viral.
Beliau juga yakin mahkamah akan membuktikan beliau tidak
bersalah dan akan terlepas jika didakwa atas alasan politik.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel