KANGAR – Pengerusi BN Perlis yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengalami strok kecil (minor stroke), kata Setiausaha Umno Negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Zahidi berkata, Shahidan mengalami gangguan kesihatan sejak beberapa hari lalu.
“Beliau kini memerlukan rehat yang cukup kerana pergerakannya terbatas akibat serangan strok kecil,” katanya kepada sebuah portal.
Shahidan adalah Menteri Besar Perlis dari 1995 hingga 2008 dan kemudian menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri, jawatan yang dipegangnya sehingga PRU14, 9 Mei lalu.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Sebelum ini berlaku perselisihan faham antara beliau dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenaan isu perlantikan Menteri Besar negeri itu.
-sinar harian