Connect with us

Berita Lain

Sultan Johor Ampunkan Kamal Hisham


JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
berkenan menerima permohonan maaf yang diusulkan Kamal Hisham Ja’afar.
Menerusi satu kenyataan, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja,
Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, permohonan maaf yang diusulkan peguam terbabit
berkenaan segala perbuatan, persuratan dan perlakuannya sama ada dengan sengaja
atau tidak terhadap baginda Sultan.
Menurutnya, perkenan Tuanku Sultan itu turut diiringi dengan
pengampunan kepada Kamal yang mana tidak diletakkan sebarang syarat lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Memikir patut serta mengambil berkat bulan Ramadan ini, dengan
limpah keikhlasan Tunku Sultan yang amat sangat, suka sedia dan berkenan
menerima permohonan maaf serta mengampunkan Kamal Hisyam Ja’afar tanpa sebarang
syarat.
“Baginda juga berharap Kamal Hisham akan dapat meneruskan
kehidupannya dengan kesejahteraan aman dan damai,” katanya menerusi satu
kenyataan yang dimuat naik dalam Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,
sebentar tadi.
Kamal Hisham

Terdahulu, Kamal Hisham sebelum ini dihadapkan ke mahkamah
beberapa kali pada September 2015 selepas ditangkap di Singapura pada 2
September 2015 setelah menghilangkan diri ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
selama tiga tahun.
Dia dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah atas dua
pertuduhan pecah amanah melibatkan RM533,000, sembi­lan pertuduhan terbabit
dalam ak­tiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM150,000 dan enam
pertuduhan di bawah Akta Syarikat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagi pertuduhan pecah amanah, Kamal Hisham didakwa
menggunakan dua syarikatnya untuk memasuki perjanjian penyewaan ruang niaga
bernilai RM515,000 dan RM18,000 di bangunan JB Sentral tanpa persetujuan
Lembaga Pengarah syarikat Southern Ads pada Di­sember 2009 dan Oktober 2010.
Di bawah pertuduhan Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 pula, dia
didakwa menerima sembilan keping cek berjumlah RM149,518.33 yang merupakan
hasil aktiviti haram di Bank Muamalat Malaysia Bhd Cawangan Taman Johor Jaya di
sini antara 18 Mac dan 5 Ogos 2010.
Difahamkan, lebih 25 saksi pendakwaan juga telah dipanggil
sepanjang tempoh perbicaraan.
– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel