Connect with us

Berita Lain

Hidup saya hancur – bapa Altantuya



KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi penderitaan selama 12 tahun, Dr Setev Shaariibuu mahu menuntut keadilan ke atas kematian anak perempuannya, Altantuya Shaariibuu, model warga Mongolia yang dibunuh pada 2006.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya menderita sejak 12 tahun lalu. Kehidupan saya telah hancur seolah-olah dimusnahkan oleh tsunami,” katanya menerusi penterjemah pada sidang media Selasa.


Dr Setev berkata beliau tidak menerima keadilan sebelum ini dan mendakwa pentadbiran terdahulu melakukan segala-galanya untuk mengelak kebenaran daripada terbongkar.


Ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan Dr Mahathir, Dr Setev berkata beliau difahamkan perdana menteri sedang memberi tumpuan kepada kes itu.


‘Saya tidak fikir peluang ini akan datang bahawa perdana menteri akan menyambut kehadiran saya.


“Kami berada di garisan permulaan sekarang dan kami akan lihat apa yang akan berlaku,” katanya.


Dr Setev kini menjaga dua anak lelaki Althantuya yang masing-masing berusia 14 dan 20 tahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau dibayar sejumlah wang oleh seorang ahli politik terkemuka untuk menutup kes itu, Dr Setev menafikan dakwaan tersebut.


“Saya pernah terdengar khabar angin tapi ia tidak benar,” katanya.


Dr Setev akan bertemu Dr Mahathir esok.


-mstar online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel