Connect with us

Berita Lain

‘Petua Bung Buat Umno Jadi Pembangkang Selamanya’ – Kit Siang


Penasihat DAP Lim Kit Siang mengingatkan nasihat ahli majlis tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin akan menjadikan Umno pembangkang selama-lamanya jika parti itu mengambil petua berkenaan sebagai idea “pembangkang yang berkesan”.
Ini selepas Bung berkata Umno perlu berlawan sama seperti HARAPAN, termasuk membuat tuduhan tanpa rasa takut terhadap tindakan undang-undang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Petua Bung akan jadikan Umno sebagai pembangkang selamanya, tidak akan dapat kembali ke koridor kuasa.
“Sepanjang 53 tahun saya dalam politik pembangkang, saya tidak pernah bergerak dengan cara yang digambarkan oleh Bung dalam berperanan sebagai pemimpin pembangkang dan saya boleh mengatakan perkara yang sama terhadap pemimpin Pakatan Harapan yang lain,” katanya.
Bagaimanapun, Lim berkata beliau bersedia untuk mendidik Umno menjadi pembangkang yang berkesan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya sedia untuk memberikan tuisyen percuma kepada Umno/ BN tentang cara untuk menjadi pembangkang yang membina dan berkesan kerana saya mahu melihat keputusan pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei menumbuhkan demokrasi dengan akar yang kuat di Malaysia.
“(Ini) bermakna mekanisme semak dan imbang bukan hanya pada parti pemerintah sendiri tetapi juga peranan yang efektif dan konstruktif daripada pembangkang, media dan masyarakat madani.
“Tetapi jelas bukan peranan pembangkang yang dibayangkan oleh Bung, yang tidak jujur, merosakkan dan memecahkan masyarakat Malaysia yang demokratik dan berjaya,” katanya.
– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel