Connect with us

Berita Lain

Kalau BN menang, Malaysia tambah hutang RM300b



TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia mungkin akan menanggung lebihan hutang RM300 bilion jika Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Perdana Menteri berkata, hutang itu terhasil berikutan BN perlu meminjam lebih banyak daripada liabiliti yang kini merekodkan RM1 trilion hanya untuk merealisasikan beberapa janji dalam manifesto parti itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Justeru, beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mengundi untuk menjatuhkan BN yang sudah lama memerintah selama enam dekad.


“Anda melakukan tanggungjawab yang baik untuk singkirkan Najib. Jika beliau menang, kami yang akan menanggung hutang RM300 bilion lagi.


“Persoalannya, di mana Najib akan dapatkan wang itu? Semua orang tahu bahawa beliau akan terus meminjam dan jika beliau membuat pinjaman, tindakannya itu cuma akan menambah hutang,” katanya dalam sesi wawancara ekslusif bersama Malay Mail di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.


Mengulas tindakan Najib itu, Dr Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri yang juga bekas Pengerusi BN berjanji akan memberi peruntukan antara RM60 bilion hingga RM80 bilion bagi setiap negara sekiranya BN memenangi Putrajaya pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.


Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hutang dan peruntukan berkenaan.


Beliau memberitahu bahawa hutang sudah melebihi 80 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sekali gus menafikan dakwaan Najib.


“Orang tidak kira, anda lihat? Najib kata kita berada dalam had pinjaman, tetapi tidak. Ia melebihi had itu,“ katanya.


Beliau turut menggelar Najib sebagai pembohong berikutan tidak tahu mengenai penyelewengan yang berlaku dalam syarikat 1MDB, kononnya dirahsiakan daripadanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam wawancara ekslusif itu, Dr Mahathir berkata adalah tidak masuk akal bagi seseorang untuk mengarahkan RM2 bilion untuk dipindahkan ke dalam akaunnya, tetapi pada masa yang sama enggan dimaklumkan tentang transaksi itu.


“Siapa yang mahu mempercayai Najib bahawa beliau tidak tahu, ketika beliau turunkan tandatangannya? Segala wang yang masuk dan keluar dari pinjaman pertama sebanyak RM42 bilion, semua ada tandatangannya.


“Kalau dia tidak tahu, beliau mesti tidak faham apa makna tandatangan. Najib selalu menganggap bahawa orang bodoh,” kata beliau.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel