Connect with us

Berita Lain

Wahid Omar Tinggalkan PNB Kerana Pertahan GST?


Tan Sri Abdul Wahid Omar sedang berunding mengenai terma
untuk menamatkan perkhidmatan dan dijangka meletakkan jawatan sebagai Pengerusi
Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) seawal Julai ini, menurut Bloomberg.
Bloomberg memetik satu laporan mengatakan bahawa, Abdul
Wahid juga djangka meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby Property
Bhd.
Menurut laporan itu, Abdul Wahid ketika ditemui baru-baru
ini enggan memberi komen mengenai perancangannya di kedua-dua syarikat
terbabit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Abdul Wahid dilantik sebagai Pengerusi PNB selepas
menamatkan tempohnya sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi dari Jun 2013 hingga Jun
2016.
Sebelum pelantikan beliau ke Kabinet, Abdul Wahid adalah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malayan Banking Bhd (Maybank),
kumpulan perbankan terbesar Malaysia dan satu daripada kumpulan perbankan
terkemuka di Asia Tenggara, dari Mei 2008 hingga Jun 2013.
Maybank adalah organisasi utama ketiga yang dipimpinnya
sebagai CEO. Sebelum menyertai Maybank, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Telekom Malaysia Bhd dari Julai 2004 sehingga pengasingannya dengan
Axiata Group Bhd.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Spekulasi Abdul Wahid bakal meninggalkan PNB tercetus sejak
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.
Dua hari sebelum PRU-14, beliau telah mengeluarkan kenyataan
mengenai mengapa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) harus dikekalkan dan
cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah bersifat regresif.

– Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel