Connect with us

Berita Lain

Zahid Rayu Saya Bawa Jumpa Dr M, Kata Khairuddin


Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu
Hassan mendedahkan pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
merayunya supaya mengatur pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya
awal bulan ini, bagi menolak dakwaan pertemuan itu diadakan atas permintaan
perdana menteri.
Dalam kenyataan bernada keras kepada FMT, Khairuddin juga
menolak dakwaan Zahid dalam ucapannya kepada ahli Umno Selangor semalam bahawa
Dr Mahathir meminta ahli Umno menyertai PPBM.
“Dia (Zahid) kaki penipu dan kaki pembelit. Setiap tutur
katanya kini penuh pendustaan,” kata Khairuddin yang merupakan antara ahli Umno
paling awal keluar parti berikutan pendedahan skandal 1MDB pada 2015.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selepas pertemuan dengan Dr Mahathir pada 9 Jun lepas, iatu
sebulan setelah BN tewas dalam pilihan raya umum 9 Mei, Zahid berkongsi fotonya
dengan pengerusi PPBM itu dan berkata lawatan beliau adalah bersempena bulan
Ramadan.
“Semoga pertemuan ini bermanfaat kepada semua,” katanya
ketika itu.
Akan tetapi semalam, Zahid yang merupakan antara calon bagi
jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu akhir bulan ini, memberitahu
ahli Umno Selangor bahawa pertemuan itu dibuat atas permintaan Dr Mahathir.
“Bukan saya yang minta bertemu, tetapi saya dijemput untuk
bertemu,” kata Zahid.
“Apa yang disebut oleh perdana menteri, antaranya beliau
meminta supaya Ahli Parlimen BN, khususnya Umno untuk menyertai PPBM atau parti
Bersatu, saya menjawab dengan tegas tidak ada jalan bagi kita untuk menyertai
parti berkenaan,” kata Zahid.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Khairuddin berkata hari ini, Zahid menghubunginya supaya
mengatur pertemuan dengan Dr Mahathir.
“Selepas beliau merayu kepada saya untuk berjumpa Dr
Mahathir, saya susun untuk beliau berjumpa perdana menteri.”
Katanya, dakwaan Zahid semalam adalah sebahagian daripada
kempennya untuk pemilihan Umno yang sedang berjalan sekarang.
“Ucapan politiknya tidak berasas sama sekali. Inilah kualiti
pemimpin Umno yang bijak menipu ahli demi ‘survival’ politik mereka. Dr
Mahathir tidak pernah meminta Ahli Parlimen Umno melompat masuk PPBM.
“Setiap umat Islam bila pergi ke Tanah Suci Mekah akan
bertambah insaf dan bertaqwa, tetapi Zahid pergi mengerjakan umrah, balik
Malaysia terus menipu,” katanya lagi.

– FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel