Connect with us

Berita Lain

1MDB: Bekas MB Terengganu Beri Keterangan Lima Jam Di SPRM


PUTRAJAYA — Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri
Ahmad Said selesai memberi keterangan kira-kira lima jam bagi membantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung syarikat pelaburan
strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau yang tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi tadi dan
ditemani menantu lelaki Syahirpaul Musa, menawarkan diri untuk memberi
keterangan bermula 11 pagi ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad berkata beliau memberi keterangan secara sukarela
memandangkan sebelum ini menawarkan diri untuk memperjelaskan beberapa perkara
berkaitan Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA).
“Saya memperjelaskan semua perkara ditanya kepada saya iaitu
dokumen 17 muka surat yang dikemukakan kepada saya.
“Saya mengesahkan tetapi tidak boleh berkongsi mengenai
dokumen kerana ia akan mengganggu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita
di perkarangan ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan tersebut, hari ini.
Ahmad berkata beliau juga bersedia memberi semula keterangan
sekiranya diperlukan.
Ditanya adakah beliau menggunakan platform itu dengan
memberi keterangan secara sukarela kepada SPRM sebagai usaha menarik sokongan
kepadanya bagi merebut kerusi Naib Presiden UMNO, Ahmad berkata: “Ini tidak ada
kena mengena langsung.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Apa yang saya tekankan ialah kita perlu telus dan integriti
dalam apa jua tindakan yang dibuat walaupun kita terpaksa mengorbankan
jawatan.”
Pada Mei lalu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal
itu menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan terhadap 1MDB.
1MDB bermula sebagai TIA, iaitu sebuah tabung kekayaan
berdaulat yang bertujuan memberi pembangunan ekonomi kepada Terengganu untuk
jangka panjang dan melestarikan sosioekonomi rakyat negeri itu secara amnya.
Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudiannya bertukar taraf kepada
koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel