Connect with us

Berita Lain

PDRM Akan Bubar Beberapa ‘Pasukan Petugas’


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menstruktur semula
beberapa jabatan pasukan khasnya untuk tujuan penambahbaikan, kata Menteri
Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata beliau telahpun mengadakan mesyuarat dan
taklimat pertama dengan kepimpinan tertinggi PDRM hari ini untuk memperinci
perkara tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya telah dengar taklimat pertama tentang
penstrukturan jabatan dalam PDRM hari ini termasuk beberapa pasukan task force
juga akan dibubarkan, sebab kita mahu outcome yang lebih baik daripada PDRM.
“Keputusan (penstrukturan) akan diketahui dalam tempoh
masa seminggu ke dua minggu lagi untuk mendapatkan beberapa lagi cadangan
daripada PDRM,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka
Aidilfitri Ketua Polis Negara di Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Beliau menjelaskan penstrukturan itu adalah untuk
penambahbaikan PDRM agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada pasukan
itu sekaligus mengembalikan imejnya sebagai pasukan yang dihormati sebelum ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
berkata antara jabatan yang akan terbabit dalam penstrukturan semula itu ialah
Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas Judi,
Maksiat dan Gangsterisme (STAGG) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik
(STING).
“Kita akan buat penstrukturan semula dalaman dan
rombakan semula,” katanya ketika ditemui pada majlis yang sama.
Menurutnya PDRM akan menyediakan laporan lengkap
penstrukturan baharu itu dalam masa terdekat.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel