Connect with us

Berita Lain

Tidak Tahu T7 Global Kontraktor ECRL, Vincent Tan Mahu Jual Semua Saham


KUALA LUMPUR, 26 Jun — Pengerusi Eksekutif Berjaya
Corporation Bhd Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, yang muncul sebagai pemegang
saham utama T7 Global Bhd pada bulan lepas merancang menjual keseluruhan
pegangannya dalam penyedia perkhidmatan lapangan minyak luar pantai itu.
Hartawan itu mendedahkan perkara tersebut hari ini dalam
satu kenyataan bagi menjelaskan kedudukannya dan menyangkal sebarang dakwaan,
atau sebarang salah laku, atau kronisme di pihak kerajaan dan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Penjelasan itu adalah untuk menepis dakwaan beberapa laporan
berita dan artikel di media sosial berkaitan pembelian 21 juta saham olehnya
baru-baru ini, terdiri daripada 5.04 peratus pegangan dalam T7 Global.
“Laporan berita ini berniat jahat dan kelihatan seolah-olah
mengaitkan pembelian pegangan besar dalam T7 Global itu dengan keputusan
kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur
(ECRL) yang bercanggah dengan laporan terdahulunya.


“Saya percaya laporan berita ini dan komen-komen di media
sosial bertujuan untuk memalukan saya dan kerajaan baharu di Putrajaya,” kata
Tan.
Menurut makluman T7 Global kepada Bursa Malaysia, Tan
membeli 21 juta saham atau 5.03 peratus pegangan dalam syarikat itu menerusi
urus niaga perniagaan langsung pada 15 Mei dan tambahan 1.2 juta saham dalam
pasaran terbuka pada 21 Mei, meningkatkan pegangannya kepada 22.2 juta saham
atau 5.29 peratus.
“Malahan, saya telahpun mula menjual beberapa saham saya
dalam T7 Global setakat semalam dan saya berhasrat menjual semua saham saya
dalam syarikat itu dalam masa terdekat ini. Saya berharap ia akan menamatkan
sebarang kontroversi lagi mengenai isu ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata pembelian itu dibuat kerana beliau mengenali
pemegang saham utama syarikat itu dan apa yang lebih penting adalah sebagai
pelaburan jangka panjang dalam industri perkhidmatan minyak dan gas
memandangkan T7 Global mempunyai kedudukan kukuh dalam sektor tersebut.
“Saya tidak mengetahui bahawa T7 Global adalah antara
kontraktor bagi projek ECRL semasa saya membeli saham syarikat tersebut,”
katanya.
Tan berkata Dr Mahathir dengan tegas menafikan dakwaan
bahawa kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek ECRL kerana ‘rakannya Tan
Sri Vincent Tan” memegang pegangan dalam projek itu.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga menjelaskan bahawa oleh
kerana RM20 bilion telahpun dibayar, kerajaan akan menanggung kos yang tinggi
sekiranya membatalkan projek ECRL, sebaliknya, kontrak akan dirundingkan semula
bagi mengurangkan kosnya.
“Meskipuan penjelasan yang telah diberikan oleh Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan, masih lagi tersebar tuduhan yang tidak berasas
dalam berita dan juga media sosial,” kata Tan.
Sementara itu, beliau juga mendedahkan beberapa “berita
palsu” yang termasuk laporan yang mendakwa beliau melabur dalam sebuah syarikat
pemula niaga kewangan yang membangunkan platform dagangan dipanggil Bitcoin
Formula, yang mempromosikan teknologi blockchain dan kripto.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Tan berkata terdapat juga artikel di laman Facebook yang
mendakwa beliah menderma sebanyak RM525 juta kepada Tabung Harapan Malaysia,
yang ditubuhkan untuk membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi mengurangkan
hutang negara.
“Langsung tidak ada sebarang kebenaran dalam mana-mana
laporan ini, dan saya percaya ia disebarkan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab untuk mempedayakan orang ramai,” katanya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel