Connect with us

Berita Lain

Dr Boon Chye Tolak Lantikan Timbalan Menteri Kesihatan


KUALA LUMPUR – Kali ini berbeza situasinya, apabila Naib
Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye menolak tawaran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad untuk menempatkannya di posisi Timbalan Menteri Kesihatan.
Dr Boon Chye, 58, yang juga Ahli Parlimen Gopeng menolak
tawaran perdana menteri itu kerana mahu meneruskan kariernya sebagai pakar
bedah jantung, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Beliau mengakui menerima panggilan daripada Dr Mahathir
berhubung lantikan berkenaan namun berhasrat ingin meneruskan kerjanya sebagai
pakar bedah jantung di KPJ Ipoh Specaialist Hospital.
“Pembantu perdana menteri hubungi saya, dan saya dengar
suaranya, ‘Mahathir di sini’.
“Katanya, beliau membuat keputusan untuk melantik saya
sebagai Timbalan Menteri Kesihatan. Saya berterima kasih atas tawaran itu,
tetapi saya mahu terus menjadi pakar bedah jantung,” katanya memetik
laporan Sin Chew Daily.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Boon Chye, menyatakan, keputusan beliau itu turut disokong
oleh isterinya.
Ketika ditanya berkenaan namanya yang masih tertera di
senarai Kabinet yang tular, beliau hanya akan mengulas sebaik sahaja menerima
surat lantikan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri.
Dr Boon Chye ialah pelajar perubatan Universiti Malaya pada
1980 sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Universiti Edinburgh di United Kingdom.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel