Connect with us

Berita Lain

MCA Persoal Mahathir Tak Kaji Perjanjian Air Dengan S’pura Dulu


Jurucakap publisiti MCA, Ti Lian Ker mempersoalkan sebab Dr
Mahathir Mohamad tidak menyemak semula syarat-syarat perjanjian air Malaysia
dengan Singapura semasa menjadi perdana menteri kali pertama dahulu.
Ti memaklumkan, perjanjian itu dibenarkan untuk disemak
semula di antara tahun 1986 hingga 1987.
“Terdapat peluang yang mencukupi bagi Malaysia untuk
mengkaji semula perjanjian air semasa tempoh Mahathir (jadi PM) pada tahun 1986
dan 1987, tetapi ia tidak dapat difahami mengapa beliau tidak melakukannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara
bersama Channel News Asia semalam berkata penjualan air mentah ke Singapura
pada harga 3 sen setiap 1,000 gelen sebagai “tidak masuk akal” .
Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1960-an itu
menghendaki Singapura pula menjual air yang dirawat kepada Malaysia pada kadar
50 sen setiap 1,000 gelen.

Bagaimanapun, Mahathir berkata kajian semula air itu tidak
menjadi keutamaan pentadbirannya pada masa ini dan beliau hanya mengulas isu
berkenaan kerana ditanya mengenai perkara itu semasa wawancara itu.
Ti juga berkata MCA lebih memilih perjanjian yang lebih
saksama dengan Singapura.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“MCA berharap Singapura dapat bertindak wajar untuk
membolehkan harga air diselaraskan supaya kedua-dua negara dapat memperolehi
manfaat.
“Kami percaya Singapura mempunyai kematangan agar tidak
mengikut ancaman yang pernah dibuat bekas perdana menteri Lee Kuan Yew untuk
menghantar tentera ke Malaysia berhubung perbezaan pendapat mengenai bekalan
air,” katanya.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel