Connect with us

Berita Lain

Nuar Ayam Dihukum Gantung Sampai Mati


KOTA BHARU – Penjenayah yang paling dikehendaki di Kelantan,
Nuar Ayam akhirnya dijatuhkan hukuman gantung mandatori oleh Mahkamah Tinggi di
sini hari ini selepas gagal membela diri kerana melepaskan tembakan hingga
membunuh seorang pemilik kedai peralatan binaan tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache membuat keputusan
tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir
kes pembelaan terhadap tertuduh, Anuar Mohamed, 40.

Ahmad dalam keputusannya berkata, pihak pembelaan juga turut
menafikan bahawa tertuduh berada di tempat kejadian dan melepaskan tembakan
kepada si mati berdasarkan keterangan dia berada di sekolah tersebut dan tidak
ke mana-mana.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Namun, jika dia tiada di tempat kejadian kenapa tiada
keterangan sokongan mengatakan dia berada di sekolah berkenaan. Mahkamah
mendapati ini penafian semata-mata dan mahkamah percaya keterangan saksi
pendakwan kelima (SP5) dan keenam (SP6) (anak dan isteri mangsa) bahawa
tertuduh berada di lokasi kejadian.
“Jadi persoalan berikutnya ialah adakah tertuduh
melepaskan tembakan semasa kejadian? Siapa yang menembak adalah berdasarkan
keterangan SP5 dan SP6 yang berjaya mengecam tertuduh sepintas lalu (selepas
topeng tercabut),” kata beliau.
Ahmad berkata, walaupun kedua-dua saksi itu hanya melihat
beberapa saat sahaja mahkamah mempercayai keterangan apabila ditontonkan
rakaman video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
“Rakaman CCTV itu menunjukkan bahawa tertuduh berada di
lokasi kejadian bersama Wan Alif dan Wan Amri. Mahkamah putuskan tertuduhlah
yang lepaskan tembakan tersebut kerana kamu berada di lokasi setelah melihat
video yang menyokong keterangan SP5 dan SP6.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mahkamah berpuas hati dengan pengenalan identiti,
mahkamah sabitkan tertuduh dengan kesalahan dan jatuhkan hukuman gantung
mandatori. Itu keputusan mahkamah dan awak masih ada peluang lagi untuk merayu
di Mahkamah Rayuan,” ujar beliau.
Anuar atau lebih dikenali dengan panggilan Nuar Ayam didakwa
melepaskan tembakan dengan niat untuk menyebabkan kematian Mustaffa Sidik, 52,
di sebuah kedai di Beris Lalang di sini pada pukul 5.50 petang, 5 Februari
2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti
Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya,
Shaharaliza Ab. Razak manakala tertuduh diwakili peguam Nordiana Mohd.
Pada 18 September tahun lalu, dua ahli geng Nuar Ayam iaitu
Wan Alif dan Wan Amri Firdaus dipenjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh
mahkamah sama selepas mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan dengan
parang di kedai peralatan binaan tersebut.
Nuar Ayam menjadi penjenayah yang paling dikehendaki polis Kelantan
kerana pembabitan dalam 23 kesalahan jenayah samun, pemerasan dan rogol.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel