Connect with us

Berita Lain

Skandal Projek RM300j: SPRM Tahan CEO Syarikat GLC


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah
menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes penyelewengan
pemberian beberapa tender projek pembinaan di Putrajaya bernilai kira-kira
RM300 juta.
Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di syarikat GLC
berkenaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan, pada masa sama SPRM juga telah melakukan serbuan
ke tiga lokasi di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan dokumen berkaitan kes
berkenaan.

Menurut sumber, lelaki tersebut dipercayai menyalahgunakan
kuasanya bagi memanipulasi beberapa proses projek pembinaan yang sedang
dijalankan.
“Projek tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat
kontraktor menerusi proses tender namun disebabkan beberapa isu yang sengaja
diadakan, kontraktor terbabit gagal melaksanakannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ia kemudian diberi kepada kontraktor pengganti yang
dipercayai mempunyai kepentingan dengan Datuk terbabit dan perkara tersebut
dipercayai memang telah dirancang dari awal,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM,
Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan tersebut
namun enggan mengulas lanjut.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel