Connect with us

Berita Lain

‘Lakonan’ Neymar Cetus Kemarahan Mexico


SAMARA, Russia: Bintang Brazil, Neymar mengetepikan kritikan
apabila membawa juara lima kali Piala Dunia itu meraih kemenangan penting
ketika mengatasi Mexico malam tadi dan layak ke suku akhir, berdepan Belgium.
Neymar menjaringkan satu gol dan membantu untuk gol kedua
ketika Brazil yang semakin meningkat mengatasi Mexico 2-0 di peringkat saingan
16 terbaik.
Namun persembahan menyinar Neymar dicemari satu lagi
kecenderungannya berlebih-lebihan ketika dicabar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tahap terbaru dalam katalog sejarah perangainya terjadi pada
babak kedua apabila pemain tengah Mexico, Miguel Layun tampak memijak
pergelangan kakinya ketika dia duduk.
Neymar terus menggelupur, menggambarkan dia seakan-akan
terkejut dan menderita kesakitan.
“Saya rasa ia sesuatu yang memalukan buat bola
sepak,” kata jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio selepas itu sambil
berkata perangai Neymar hanya membuang banyak masa.
“Kami membuang banyak masa hanya kerana seorang pemain
… kami hilang gaya kami pada babak kedua kerana pengadil.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini adalah contoh yang buruk buat dunia dan dunia bola
sepak.”
Media sosial meletup dengan peminat marah dan menyalahkan
Neymar kerana menipu dan bekas penyerang England, Alan Shearer menggambarkan
tindakan bintang Paris Saint-Germain itu sebagai sesuatu yang “sangat
kasihan.”
“Tiada keraguan mengenai kemampuannya. Dia pemain yang
menakjubkan,” kata Shearer yang bertugas di Russia buat penyiar Britain,
BBC.
“Namun, ia nampak ‘sangat kasihan’ apabila dia bergolek
seperti dia sangat menderita.”
– Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel