Connect with us

Berita Lain

Memorandum desak Mas Ermieyati letak jawatan

AHLI UMNO menandatangani petisyen bagi mendesak Mas Ermieyati Samsudin untuk meletak jawatan pada Mesyuarat Tertutup UMNO Bahagian Masjid Tanah di Kampung Pulau. – Foto Khairunisah Lokman



MASJID TANAH: Lebih 200 ahli jawatankuasa UMNO daripada 64 cawangan UMNO Bahagian Masjid Tanah, di sini, malam tadi menandatangani memorandum mendesak Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah, berkuatkuasa serta-merta.


Memorandum itu ditandatangani seluruh kepemimpinan di peringkat Bahagian dan Cawangan UMNO Bahagian Masjid Tanah, termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam satu mesyuarat tertutup selama lebih sejam yang dipengerusikan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, malam tadi kelantangan dan kemarahan suara di peringkat akar umbi memuncak, termasuk mendesak supaya bekas Ketua Puteri UMNO itu segera meletak jawatan susulan kenyataan dibuatnya untuk keluar UMNO, sekali gus menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuatkuasa 1 Julai lalu.


“UMNO Bahagian Masjid Tanah atas dasar prinsip, keadilan dan perjuangan memohon supaya Yang Berhormat (YB) Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang sudah menjadi wakil rakyat Bebas untuk tidak mengkhianati mandat diberikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


“Ia terutama kepada petugas pilihan Raya Barisan Nasional (BN), penyokong dan pengundi yang membawa kepada kemenangan YB di kawasan Parlimen Masjid Tanah,” menurut memorandum berkenaan.


ANTARA ahli yang hadir pada Mesyuarat Tertutup UMNO Bahagian Masjid Tanah yang diadakan bagi mendesak Mas Ermieyati Samsudin untuk meletak jawatan di Kampung Pulau. – Foto Khairunisah Lokman



Memorandum itu turut menyebut, UMNO bahagian terbabit berasa kecewa dan terkejut dengan tindakan pemimpin berkenaan yang jelas menipu pengundi selepas memberikan kemenangan besar kepadanya, termasuk di semua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen itu.


“Justeru, dengan rasa tanggungjawab dan demi keadilan kepada pengundi dan petugas parti adalah lebih bermakna YB Mas Ermieyati meletak jawatan segera dan membiarkan pengundi di P134 membuat keputusan sama ada mereka mahu seorang wakil rakyat Bebas atau daripada UMNO yang mewakili BN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Barisan kepemimpinan UMNO Bahagian Masjid Tanah sebulat suara menolak YB Mas Ermieyati supaya tidak duduk di Parlimen bersidang mewakili Parlimen Masjid Tanah,” kata kenyataan itu yang turut menanyakan siapa yang ‘tergelincir’.


Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Latipah Omar, berkata kali terakhir beliau bertemu Mas Ermieyati pada hari pemilihan perwakilan 30 Jun lalu, sebelum pada malam hari yang sama beliau sendiri dihubungi Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad supaya menyelidiki desas desus bekas Ketua Puteri UMNO itu hendak meninggalkan parti.


“Bagi saya tuduhan UMNO tergelincir adalah tidak tepat kerana parti ini memiliki kerusi terbesar dalam kalangan semua parti di 222 kawasan Parlimen. Saya tidak tahu apa pendiriannya, tetapi beliau menang atas tiket UMNO dan biarlah mandat baharu Pilihan Raya Kecil (PRK) dibuat bagi Parlimen Masjid Tanah,” katanya.


Dalam pada itu, Ketua Pusat Mengundi (PDM) P134 Telok Gong, Datuk Ibrahim Durum, berkata ahli di peringkat akar umbi termasuk jentera parti memohon Mas Ermieyati menarik balik keputusan meninggalkan UMNO, sebaliknya bersedia untuk menghadapi kemungkinan PRK di kawasan berkenaan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel