Connect with us

Berita Lain

Dua maut kereta rempuh lori

KEADAAN kereta mangsa selepas melanggar belakang lori satu tan di Kilometer 249.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan Hentian Senawang, hari ini. FOTO ihsan pembaca.



DUA lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh belakang lori di Kilometer 249.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Hentian Senawang, Seremban, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam kejadian 6.20 pagi itu, pemandu kereta, Tan Foo Soon, 23, bersama saudaranya, Tan Wei Ren, 28, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, mangsa yang menaiki kereta Proton Wira dipercayai dalam perjalanan ke Melaka.


Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila lori satu tan jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 30 tahun mengubah laluannya dari lorong kanan ke kiri secara tiba-tiba.


“Mangsa yang baru keluar dari Hentian Senawang gagal mengelak lalu merempuh bahagian kanan belakang lori terbabit.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Kedua-dua mangsa yang berasal dari Linggi dekat sini, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu lori tidak cedera.


“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel