Connect with us

Berita Lain

ADUN Semambu lapor polis isu fitnah

Foto: Kosmo

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee
Chean Chung hari ini membuat laporan polis terhadap dua laman sosial yang
didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang bersifat perkauman.
Beliau mendakwa, fitnah itu telah beberapa kali disiarkan di
dua laman sosial itu sejak pertama kali dikesan pada hujung tahun 2013.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini kali ketiga saya menerima laporan bahawa kononnya
berlaku pergaduhan antara saya dengan bekas ADUN Bandar Terengganu, Azan Ismail
sehingga saya mengeluarkan perkataan tidak elok kepada orang Melayu.
“Perkara itu tidak benar sama sekali, malah restoran
yang dikatakan menjadi tempat kami bergaduh di Jalan Beserah pada 19 Nov 2013
itu juga tidak wujud,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini.
Lee berkata, laporan itu bertujuan untuk memburukkan dirinya
dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandangkan beliau dan Azan adalah
daripada  parti itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau mahu kedua-dua laman sosial itu memadamkan laporan
fitnah  tersebut dalam tempoh terdekat
dan jika gagal berbuat demikian,  beliau
akan mengambil tindakan undang-undang. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel