Connect with us

Berita Lain

Imigresen: Jho Low Guna Nama Sama Pada Pasport Saint Kitts Dan Nevis

Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai
menggunakan nama yang sama pada pasport negara Saint Kitts and Nevis yang
dimilikinya, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
“Kita dapati beliau masih gunakan nama yang sama (Low
Taek Jho) pada pasport itu,” katanya.
Katanya adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang
warganegara Malaysia memiliki dua pasport.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Di negara ini kita tidak mengamalkan dua kerakyatan,
setiap rakyat mesti memiliki hanya satu kerakyatan dan satu pasport
Malaysia,” katanya kepada media selepas meninjau proses prapelepasan
jemaah haji oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa Arab Saudi di
Sepang semalam.
Beliau berkata pihaknya terus menjalinkan kerjasama dengan
dengan pihak berkuasa imigresen di seluruh dunia selain penglibatan pihak
polis, interpol dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) dalam
menjejaki Jho Low.
Katanya, pasport Jho Low juga telah dibatalkan oleh Jabatan
Imigresen pada 15 Jun atas permintaan SPRM berhubung penyiasatan mereka
terhadap skandal 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
St Kitts and Nevis adalah sebuah negara yang terdiri
daripada dua pulau yang terletak di antara Lautan Atlantik dan Laut Caribbean,
di Amerika Tengah.
Carian di beberapa laman sesawang mendapati individu yang
berminat boleh memohon mendapatkan pasport dan kerakyatan dengan melabur di
dalam negara itu, seperti di dalam sektor hartanah yang diluluskan kerajaan .
-Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel