Connect with us

Berita Lain

Najib: Kerajaan Tak Payah Tipu Minyak Turun RM1.50 Seliter

Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan baru pimpinan
Pakatan Harapan (HARAPAN) jelas menipu rakyat berhubung janji mereka untuk
menurunkan harga petrol dan diesel.
Menurut bekas perdana menteri itu beliau memang yakin janji
berkenaan tidak dapat ditunaikan HARAPAN, waima sehingga muncul ‘kucing
bertanduk’ sekali pun.
“Saya tahu harga minyak tak boleh turun pada RM1.50,
tak payah tipu.
“Saya tahu sebab saya menteri kewangan ketika itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tahu implikasi kalau harga minyak diturunkan
kepada RM1.50,” katanya yang dipetik Sinar Harian dalam laporan disiarkan
akhbar itu hari ini.
Semasa membentangkan manifesto mereka menjelang PRU ke-14
lalu HARAPAN ada menyentuh mengenai isu harga petrol dan diesel yang ketika itu
ditentukan secara mingguan.
Sesetengah pihak mendakwa HARAPAN menjanjikan harga minyak
turun jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
Bagaimanapun berdasarkan manifesto yang dikemukakan HARAPAN
ikrar yang dibuat ialah menstabilkan harga bahan bakar itu serta memperkenalkan
semula skim subsidi bersasar.
Sebuah klip video yang ditularkan pula memaparkan Naib
Presiden PKR Rafizi Ramli berjanji bahawa harga minyak akan diturunkan sehari
selepas gabungan pembangkang menawan Putrajaya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Namun ia diragui kerana klip itu dipercayai dibuat sebelum
PRU ke-13 pad 2013 lalu kerana Rafizi merujuk gabungan pembangkang sebagai
Pakatan Rakyat.
Menurut Najib janji yang ditabur HARAPAN dalam manifesto
sempena PRU pada 9 Mei lalu hanya bersifat dongeng dan bertujuan mempengaruhi
pengundi.
“Saya berani bertaruh pada orang-orang kita, saya
berani bertaruh cerita minyak turun RM1.50 seliter itu satu cerita dongeng
sahaja.
“Tapi malangnya orang muda kita, pengundi pertama (kali)
tak dapat lihat lebih mendalam daripada itu,” katanya.
– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel