Connect with us

Berita Lain

Ramasamy: Saya Akan Berdebat Dengan Zakir Jika…

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy meletakkan
syarat untuknya berdebat dengan pendakwah Dr Zakir Naik seperti yang
dicadangkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Saya warga Malaysia, saya tak takut berdebat. Tetapi
Zakir perlu terlebih dulu pulang ke India, hadapi dakwaan dan bersihkan
namanya.
“Mahkamah India sangat terbuka. Bersihkan nama anda
(Zakir), kembali dan saya akan berdebat dengan anda,” katanya ketika
ditemui di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya lagi, beliau sebelum ini bersedia untuk berdebat
dengan penceramah warga India itu tetapi “ia tidak berlaku”.
Ramasamy mengulas cadangan yang disuarakan Mohd Asri di
Facebook semalam agar beliau dan Zakir berdebat dengan tajuk “Siapa
pengganas sebenar?”.
Dalam hantaran itu, Mohd Asri menyifatkan Ramasamy sebagai
individu yang terkait dengan pertubuhan pengganas Tamil antarabangsa, merujuk
kepada Harimau Pembebasan Tamil Eelam.

Dalam hantaran sebelumnya, Mohd Asri (gambar) berkongsi
gambar Ramasamy yang seolah-olah memberi penghormatan senapang Kalashnikov atau
AK-47.
Semalam, Ramasamy yang juga ADUN Perai menafikan menyokong
keganasan sebaliknya berkata gambar itu diambil pada 2015 dalam satu majlis
anjuran sebuah NGO bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam konflik etnik
Sri Lanka.
Ditanya sama ada syarat yang diletakkan itu menandakan
beliau takut untuk bersemuka dengan Zakir, Ramasamy berkata “mereka boleh
kata apa yang mereka mahu”.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau berkata isu yang lebih utama pada masa ini bukanlah
soal debat tetapi permintaan India untuk mengekstradisi Zakir bagi berdepan
dakwaan jenayah di negara itu.
“Jangan cuba alih isu seperti apa yang Asri cuba
buat,” katanya lagi.
Ramasamy berkata beliau sama sekali tidak menuduh Zakir
bersalah atas dakwaan kesalahan ke atasnya tetapi undang-undang perlu
dikuatkuasakan.
“Saya tiada isu peribadi dengannya, tetapi ada dakwaan
serius terhadapnya dan India telah memfailkan dakwaan terhadapnya…Mengapa dia
melarikan diri?”
Zakir sebelum ini berkata dakwaan terhadapnya – melibatkan
tuduhan pengubahan wang haram dan mencetuskan keganasan – bermotif politik dan
beliau mungkin tidak dibicarakan dengan adil jika kembali ke India.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga berkata kerajaan tidak
akan tunduk kepada desakan untuk mengusir Zakir yang mempunyai status penduduk
tetap di negara ini, selagi beliau tidak menimbulkan masalah.



– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel