Connect with us

Berita Lain

Nazir Razak Dilihat Hadir Di Rumah Terbuka BERSATU


Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak malam ini
dilihat hadir di rumah terbuka anjuran Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
Majlis yang diadakan di SJK (C) Pandamaran A di Klang.itu
dihoskan oleh ketua strategi BERSATU Rais Hussin, yang juga ketua BERSATU
bahagian Klang.
Hadir bersama Nazir ialah isterinya Azlina Aziz dan anak
mereka.
Beliau dilihat duduk bersebelahan dengan Timbalan Ketua
strategi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Nazir sebelum ini pernah beberapa kali mengkritik kerajaan
BN walaupun beliau merupakan adik kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri
Najib Razak.
Pada Februari 2015, beliau bersama adik beradik yang lain
mengeluarkan kenyataan keluarga untuk menafikan dakwaan  bahawa kekayaan abangnya berpunca daripada
harta warisan keluarga mereka.
Kenyataan itu juga menyebut dakwaan tersebut mencemarkan
nama bapa mereka, Tun Abdul Razak Hussein, yang juga merupakan perdana menteri
kedua Malaysia.
Kenyataan itu muncul lima bulan sebelum Wall Street Journal
mendedahkan deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadi Najib, yang
mana penyiasat mendakwa ia berasal daripada dana 1MDB milik kerajaan Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam
untuk keuntungan peribadi.
Pada pilihan raya umum lalu, BN yang diketuai Najib
mengalami kekalahan pertama dan terburuk dalam tempoh 61 tahun sejak negara
mencapai kemerdekaan.
Nazir juga sebelum ini memuji Tun Dr Mahathir Mohamad dengan
mengatakan perdana menteri itu tidak pernah lupa terhadap pengorbanan bapanya.
“Kedua-dua mereka berkongsi kesungguhan yang sama iaitu
membangunkan negara sebaik mungkin dan melangkaui pengorbanan peribadi,”
kata Nazir.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel