Connect with us

Berita Lain

Piala Dunia Berjaya, Siaran Langsung EPL Di RTM Dikaji


KUALA LUMPUR, 16 Julai — Kementerian Komunikasi dan
Multimedia (KKMM) mengkaji untuk menyiarkan secara langsung perlawanan bola
sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada masa
akan datang.
Menterinya Gobind Singh Deo berkata ini susulan kejayaan
penyiaran Piala Dunia 2018 yang disifatkan sebagai satu kejayaan besar kepada
stesen berkenaan.
“Itu adalah satu perkara dibawa kepada perhatian kita,
tetapi bukan untuk tahun ini kerana ia mungkin memakan dana yang besar, bukan
juga tahun depan, tetapi tahun-tahun akan datang,” katanya kepada pemberita
ketika menghadiri Program Jom Bola Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 Bersama
Menteri KKMM di Padang Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puchong di sini malam
tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Gobind berkata KKMM komited untuk membawakan lebih banyak
sukan secara langsung bagi meningkatkan kualiti stesen TV kerajaan itu.
Kerajaan melalui RTM menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan
dengan kos sebanyak RM30 juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia FIFA 2018
di Rusia bermula 14 Jun lepas hingga hari ini (15 Julai).
Siaran tersebut mendapat tajaan berjumlah RM30 juta menerusi
Maxis Bhd dan AirAsia Bhd.
Dalam pada itu, Gobind berkata rancangan menaik taraf RTM
juga melibatkan projek Media City di Angkasapuri yang dijangka siap dua bulan
lagi.
“Suka saya katakan bahawa dengan siapnya Media City ini
dengan dilengkapi peralatan dan teknologi moden akan membantu menaik taraf
kualiti penyiaran RTM,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, pada program malam ini, lebih 1,000 hadirin
yang terdiri daripada warga Puchong dan kawasan sekitar bersama-sama menonton
perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di dua layar gergasi.
Perlawanan akhir yang menyaksikan aksi pasukan Perancis dan
Croatia itu bermula 11 malam waktu Malaysia.
Gobind, anggota Parlimen Puchong memilih menyokong pasukan
Perancis dengan ramalan 2-0.
Katanya lagi beliau sempat bertemu Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad pagi tadi dan dalam pertemuan itu Dr Mahathir menyatakan
menyokong pasukan Croatia. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel