Connect with us

Berita Lain

Indonesia Rampas, Sita Equanimity Sekali Lagi


Pihak berkuasa Indonesia sekali lagi memasuki dan menyita
kapal persiaran mewah Equanimity hampir dua bulan selepas sitaan kali pertama
disahkan terbatal atas faktor teknikal.
Langkah itu didedahkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika
Syarikat dalam dokumen yang difailkan ke mahkamah semalam, lapor Malaysiakini.
Menurut dokumen itu Pejabat Hal Ehwal Luar DOJ mengemukakan
permohonan untuk bantuan perundangan bersama (MLA) kepada Kementerian
Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada 19 April.
Ekoran permohonan berkenaan pihak berkuasa Indonesia kembali
menaiki Equanimity dan menyita kapal persiaran berkenaan pada 9 Julai lalu.
“Pada 9 Jul 2018 pihak berkuasa Indonesia melaksanakan
proses itu dengan menaiki Equanimity bersama satu salinan waran tangkap.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semasa di dalam kapal pihak berkuasa menyerahkan satu
salinan waran tangkap ke atas kapal layar, serta satu lagi salinan waran
tangkap untuk kapten Equanimity,” kata dokumen DOJ itu kepada Mahkamah
Daerah California.
Langkah tersebut dibuat sebagai makluman kepada mahkamah
bahawa waran tangkap yang mereka keluarkan pada 16 Jun tahun lalu sudah
dilaksanakan.
Pada dokumen tersebut turut disertakan gambar waran
berkenaan diserahkan oleh polis Indonesia di atas kapal Equanimity.
Berdasarkan laporan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang
turut dikemukakan kepada mahkamah, mereka dimaklumkan oleh polis Indonesia bahawa
ketika waran itu diserah seorang peguam ada bersama kapten kapal tersebut.
“Polis Indonesia percaya bahawa peguam itu mewakili
pemilik kapal persiaran berkenaan,” kata laporan itu.
Asalnya DOJ mengemukakan saman pelucutan hak secara sivil ke
atas kapal bernilai AS$250 juta itu pada 15 Jun tahun lalu.
Ia adalah antara 30 saman seumpamanya yang dilakukan pihak
terbabit untuk merampas pelbagai aset yang didakwa AS diperoleh melalui
penyelewengan dana 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Equanimity didakwa dimiliki Jho Low. Ahli perniagaan
kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini mendakwa tuduhan yang dikaitkan
kepadanya bermotifkan politik.
Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini merampas Equanimity
atas permintaan DOJ pada 28 Feb lalu.
Bagaimanapun Mahkamah Daerah Jakarta memutuskan rampasan itu
tidak sah kerana MLA dikemukakan DOJ diserahkan terus kepada polis, sedangkan
ia sepatutnya melalui Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Indonesia.
Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana rampasan
terbaru itu akan memberi kesan kepada Equanimity, krunya serta pertikaian
mengenai hak penjagaan kapal layar tersebut.

Pada 15 Mei lalu Mahkamah Daerah California sudah
menyerahkan hak penjagaan Equanimity kepada DOJ kerana berpendapat kru semasa
kapal itu tidak boleh dipercayai untuk membawanya kembali ke AS.
Peguam mewakili pemilik berdaftar Equanimity, Equanimity
(Cayman) Ltd, sudah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan kesnya
belum diputuskan di AS.
Pada 14 Jun lalu Mahkamah Rayuan menolak usul Equanimity Ltd
untuk kekal sebagai penjaga kapal tersebut. Itu bermakna pada ketika berkenaan
DOJ masih diberikan hak untuk mengelola Equanimity.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel