Connect with us

Berita Lain

‘Tidak ada siapa rompak duit GST’



SHAH ALAM – “Tidak ada siapa yang rompak duit GST (cukai barang dan perkhidmatan),” tegas bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika dihubungi Sinar Harian.


Johari berkata, keadaan berkenaan adalah lebih kepada kegagalan Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan kakitangan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menerangkan kepada Menteri Kewangan bagaimana proses mengutip cukai GST dan membayar “refund” GST dibuat selama ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Bagaimanapun menurutnya, adalah sesuatu yang tidak wajar sekiranya semua pihak menyalahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memandangkan beliau baru sahaja menjawat jawatan berkenaan.


“Kita tidak boleh salahkan Lim Guan Eng pasal dia baru menjawat jawatan Menteri Kewangan ini. Saya percaya dengan laporan polis yang dibuat oleh KJ (Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin) itu dapat merungkai segala kekalutan kehilangan ini,” katanya.


Kelmarin, Khairy membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada jam 2.00 petang berhubung dakwaan Guan Eng bahawa RM18 bilion wang tuntutan GST yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ oleh kerajaan BN.


Khairy berkata tuduhan yang dibuat oleh Guan Eng semalam di Dewan Rakyat berhubung isu berkenaan merupakan tuduhan yang serius dan memerlukan bukti kukuh.


Semalam, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat suruhanjaya itu berhubung isu bayaran balik cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM18 bilion yang didakwa ‘dirompak’.


Menurut Mohd Irwan yang ditemui di hadapan bangunan SPRM kira-kira jam 11.38 pagi, beliau membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan ‘merompak’ berkenaan tidak berasas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Selasa lalu, Guan Eng mendakwa bahawa kerajaan sebelum ini telah menyalahgunakan RM18 bilion daripada RM19.4 bilion bayaran balik GST yang telah dikutip sejak sistem itu diperkenalkan.


Katanya, tempoh pembayaran yang sepatutnya diberikan kepada peniaga adalah dalam masa dua minggu namun ia tidak berlaku sehingga tertangguh selama dua tahun.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel