Connect with us

Berita Lain

Kerajaan pertimbang untuk bentang belanjawan tambahan


Kerajaan mempertimbangkan untuk membentangkan belanjawan
tambahan minggu depan, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Kami akan mempertimbangkannya,” kata Mahathir
ketika ditanya pemberita sama ada kerajaan akan membentangkan belanjawan
tambahan minggu depan, selepas beliau melawat pameran lukisan bertajuk  ‘Tun M: A Forever Legacy’ di Universiti
Perdana di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengenai pertikaian antara kerajaan terdahulu dengan Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion wang tuntutan
cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan 
(GST), Mahathir berkata : “Jadi kalau ia (RM18 bilion) tidak hilang,
tunjukkan kepada kami di mana wang itu berada.”
Ditanya sama ada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan
wang itu untuk melunaskan sebarang pembayaran sejak memegang kuasa pada 10 Mei,
perdana menteri berkata: “Kami kekurangan wang. Itu adalah hakikat.”
Mahathir berkata PH kekurangan wang disebabkan banyak wang digunakan untuk
membayar balik pinjaman dan melangsaikan hutang.
“Wang digunakan untuk tujuan itu,” kata Mahathir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perdana menteri berkata, rakyat juga mengharapkan kerajaan
PH memberi mereka wang dengan percuma oleh kerana tabiat ini diwujudkan oleh
bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Beliau (Najib) bebas memberi wang kepada rakyat dan
kini rakyat berharap kami pula bebas memberi mereka wang. Tapi kami tidak ada
wang,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel